Ad Code

Punca-punca tayar kenderaan meletup.

Menjelang musim cuti sekolah yang akan bermula dua minggu lagi, ramai yang telah merancang untuk membawa ahli keluarga pergi melancong. Homestay di bandar Melaka juga kebanyakanya telah mula ditempah. Homestay Kesidang di Bandar Melaka tidak kurang juga telah banyak menerima tempahan. Perjalanan bersama ahli  keluarga memang menyeronokkan terutamanya pergi melancong bersama-sama setelah hampir setahun masing-masing sibuk dengan tugas dan anak-anak pula sibuk dengan pelajaran.

Antara aspek-aspek yang perlu di ambilkira sebelum memulakan perjalanan terutamanya bersama keluarga tersayang ialah mengenai keselamatan tayar kenderaan. Sama seperti enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga kepada tayar baru boleh mengundang masalah di jalan raya. Tayar yang tidak dijaga dengan sempurna boleh menyebabkan ia meletup dan jika ia meletup terutama ketika kenderaan dipandu laju, boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.

Antara punca-punca yang sering menyebabkan tayar meletup adalah:
  • Kurang tekanan angin dalam tayar. Selalulah periksa tekanan tayar angin kenderaan anda.
  • Tayar terlebih tekanan angin.
  • Membawa lebih muatan dari had kemampuan tayar.
  • Terlanggar objek atau lubang besar pada permukaan jalan.
  • Penggunaan tayar melebihi jangka hayat.
  • Penggunaan tayar yang sedia rosak seperti terdapat benjolan dan koyak.
  • Penggunaan melebihi tanda paras amaran botak.
  • Gaya pemanduan melebihi kemampuan tayar.
  • Pemilihan tayar yang salah seperti had berat dan indek kelajuan lebih rendah dari penggunaan asal (Bacaan indeks berat dan kelajuan lebih rendah dari spesifikasi pengilang kenderaan)
  • Tidak menyelenggara tayar dengan sempurna seperti pengabaian penjajaran dan pengimbangan tayar.
  • Terdapat rekahan pada dinding dan lapisan bunga tayar.
  • Proses pembaikan dan penampalan selepas kebocoran yang tidak betul.
Sehubungan itu, penyelenggaraan tayar yang sempurbna amat perlu utnuk mengelakna berlakunya tragedi. Berikut adalah tip-tip penyelenggaraan tayar yang sempurna yang perlu anda buat untuk memastikan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan baik.

  • Periksa tekanan angin seminggu sekali, Hendaklah lebih kerap jika sering berjalan jauh.
  • Anda perlu periksa tekanan angin tayar dengan tolok (pressure gauge) waktu tayar sejuk.
  • Maklumat tekanan angin yang betul boleh didapati di pelekat khas dipintu pemandu.
  • Pastikan tayar diselenggara setiap 10,000 kilometer
  • Jangan guna tayar yang bunganya botak dan haus.
  • Pemilihan tayar yang tepat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan ekonomi anda.
  • Pastikan tekanan angin sentiasa mencukupi bagi tayar ganti.
  • Sentiasa pastikan tayar yang baru atau yang bunganya masih tebal dipasang di bahagian belakang.
  • Sentiasa pastikan skru (bolt) tayar dipasang dengan betul dan kemas.
  • Jangan membawa lebih muatan dari kemampuan tayar.
  • Tayar perlu diganti jika terdapat kesan rekahan, tanda haus tidak sekata atau terdapat benjol/bengkak dipermukaan bunga atau dinding tayar.



Post a Comment

0 Comments